Seawal jam 7.00 pagi lagi kami dah bersiap untuk ke Ladang Teh BOH @ Sungai Palas. Bila pikir nak mandi pagi ni kecutnya rasa sejuk nya air mcm mandi air dari peti ais nasib baik la hotel ni ada heater huhuhu. Sepanjang dekat hotel kipas pun kami x buka tau menggigilll.
Kami memang dah plan nak breakfast kat Ladang Teh ni sebab nak merasa sendiri kenikmatan menghirup secawan teh sambil menikmati pemandangan ladang teh yang menghijau gitu hehe. Jalan untuk masuk kat ladang ni agak sempit dah berliku2 tapi sebab kami datang awal jadi kami bernasib baik sebab tak ada bertembung dengan kereta sepanjang jalan :). Suhu pagi ni sangatla sejuk sampaikan bercakap pun mulut keluar asap tau.
di sebalik mentari pagi
|
Ladang BOH ni buka jam 8.30pg..sebabkan kami sampai awal, bergambar kat luar la dulu..hehe
hijauuuu.... |
pemandangan hijau dengan bunyi air terjun...sangat tenang |
feeling ombak rindu..:) |
happy... |
Apa yang menariknya kat ladang ni adalah Cafe tergantungnya dan untuk ke cafe tu kita kena berjalan sikit la dalam 100m dan kena mendaki anak tangga untuk sampai. Macam x mesra pengunnjung sikit la sebab kalo bawa baby atau orang tua kn susah nak memanjat tangga tu. Tapi nurul tengok ada je laluan untuk kereta naik kat atas tapi cuma bas je yang boleh naik .Apa pun tempat ni memang menarik dan wajib datang la sebab dapat minum teh yang segar sambil menikmati pemandangan ladang teh BOH. 1 lagi yg tak best kat sini adalah pengunjung tak boleh masuk jalan2 kat ladang :( .
ni lah tangga yang kena daki untuk sampai kat atas |
open concept design dengan structure yang sangat cantik |
design : concrete+bamboo |
sebelum balik snap pic dulu di bawah sinaran mentari :) |
![]() |
feeling macam kat New Zealand plak. hehe |
kalau tak silap ni lah rumah dalam filem 'Aku Masih Dara' |
Dekat sini jugalah ada babak dalam filem 'Aku Masih Dara' dan 'Ombak Rindu' buat pengambaran..:) Dari sini korang boleh terus pergi Mossy Forest@Gunung Brinchang. Kitorang cuma pergi separuh jalan je sebab sangat sunyi dan laluan makin sempit..seram..
Lepas tu kami terus ke Taman Agrotek MARDI@Tanah Rata..Kami sampai kat sini pun dah tengahari..Sebab dah terlalu penat dan mula terasa panas jadi tak jalan semua kawasan dia pun.
muka kepenatan
garden cottage
pokok silver dust. daun-daun berwarna silver
Apa yang menarik kat sini, ada kolam ikan kecil dan jambatan di tengah-tengah..sangat menarik untuk bergambar..ikan-ikan di sini juga boleh diber makan..tapi perlu berhati-hati untuk anak-anak sebab kedalaman kolam ni 4 meter ! Di sini juga ada air terjun buatan, taman dapur, kebun epal, kebun anggur, kilang teh, taman ros dll...sebab dah terlalu penat dan lapar, kami pun x habis explore semua nya...mungkin next trip kena datang sini awal2 pagi sebelum tengahari...
Jam 3.00ptg baru kami sampai kat hotel..sebab dah terlalu penat, kaki dah lenguh..terus tertidur...lagi tambah sejuk sebab hujan turun...huhuhu..macam biasa petang nya kami ke pasar malam Brinchang..waktu ni hujan masih x berenti...bukan sekadar beli makanan utk makan malam..tapi terus borong utk bawak balik utk family..dekat pasar malam ni barang2 agak murah berbanding tempat lain..kena rajin jalan-jalan dan bandingkan harga...
Keesokkan pagi nya, jam 8.00pg kami berangkat balik ke Penang...Kenangan kat CH memang terbaik..sekiranya ada peluang lagi, kami akan datang lagi...segala kekusutan,tekanan kerja dapat dilupakan seketika...Sebelum balik kami singgah di Kea Farm...beli sayur-sayuran segar sebelum balik..8 bungkus sayur dijual RM10..
muka sedih nak tinggalkan CH
Pada yang bercadang untuk berbulan madu, holiday dengan family..Cameron Highland adalah tempat yang sangat menarik untuk dilawati.. Moga ketemu lagi di entri akan datang...
next entri mungkin saya nak bercerita tentang extreme game.. :)
riZqa Design
Tiada ulasan:
Catat Ulasan