page

Sabtu, 14 Mac 2015

kEnAnGaN tErInDaH bErSaMaMu (part1)

BeRcUTi Di CaMeRoN HiGHLanD | FeELiNg RoMaNTik...

Walaupun dah seminggu berlalu,kenangan berdua di sana masih segar mewangi..kalau nak tahu di mana manis nya..kena lah baca sampai habis yer..
bagi yang ada plan nak bercuti kat CH mungkin perkongsian ni dapat membantu sedikit sebanyak...

Kami bercuti selama 3hari 2malam..kitorang plan awal g bercuti ni sebab x nak bertembung dengan cuti sekolah..nanti jalan jammed,tempat semua ramai orang..hotel penuh...Hotel pun booking siap2 awal kat agoda.com..lepas bincang dengan encik suami,kami sepakat pilih hotel Country Lodge Resort yang terletak kat Brinchang..harga utk 3H2M RM356..Hotel ni terletak atas bukit..sejuk,nyaman je rasa..Dekat kawasan ni terlalu banyak hotel-hotel macam cendawan tumbuh..Sebab utama kitorg pilih lokasi kat Brinchang ialah pelbagai kemudahan ada.(kedai makan, masjid,kedai runcit dll). Yang paling utama sebab hotel ni dekat sangat dengan pasar malam Brinchang..jalan kaki pun boleh..Pasar Brinchang ni antara tempat wajib dilawati di CH.. 


ni lah hotel nya. pandangan tepi

ni pulak pandangan depan

Kami bertolak hari Jumaat (6 Mac 15) dari Penang ke CH pukul 7.15pg..Kami ke CH melalui Simpang Pulai..Sebab agak awal sampai ke CH, kami rancang untuk terus singgah beberapa tempat menarik sebelum sampai ke Brincang.. Dalam perjalanan lagi,kita boleh rasa kesejukkan udara yang sangat nyaman..

suasana berkabus yang sejuk

nyaman dan tenang

Tempat pertama yang kami singgah ialah Green View Garden, Kampung Raja..kami sampai dekat sini dalam pukul 10.15pg..Apa yang ada kat sini?? kat bawah ni ada setakan map kawasan ni..

keluasan green view garden

strawberi moment

Kat atas kepala ni polok strawberi..wangi sangat dengan bau strawberi..

yang ni plak pokok anggur..muka muka teruja

The Little ducking square


House of Lavender

Suka sangat bau lavender..nyaman..


ladang sayur

Avant Chocolate cafe

Baru pergi satu tempat je pun kitorang dah sangat teruja dengan suasana, pemandangan kat sini..Kami teruskan perjalanan dan singgah kat Cameron Valley Tea House @ Kuala Terla.Kami sampai kat sini dah tengah hari, jadi x dapat lah nak jalan-jalan kat ladang...



menikmati Honey Lemon Tea dgn span cake yang sedap


view ladang teh

bergambar tepi2 ladang je

Next destination ialah Cameron Lavender Garden @ Tringkap..Korg cuci matalah tengok suasana kat sini yer..Dengan warna warni bunga yang tengah mekar... ;)

depan pintu masuk Lavender Garden

polka dot car..comeii

bunga-bunga yg tgh mekar

di sebalik bunga2

purple, pink, hijau, putih...nyaman :)

excited + happy :)


fish pond


ladang strawberi petik sendiri


wangi dan segar sangat buah..rasa nak makan terus



my hensom petik strawberi :)

Dalam perjalanan ke hotel di Brinchang, last destination utk hari ni ialah Cactus Point..macam-macam jenis cactus ada dan murah-murah belaka..


muka kepenatan

macam-macam cactus ada

Kami sampai hotel pukul 3ptg..sebab terlalu kepentan, terus tertidur..petangnya kul 5.30ptg, kami berjalan kaki ke Pasar Malam Brinchang sebab kelaparan..macam-macam makanan, cenderamata, baju dll ada..huhu...untuk next day, kita story entri berikutnya yer... daaaaa....

riZqa Design











Tiada ulasan:

Catat Ulasan