page

Isnin, 16 Mac 2015

BuTToN BaDGe SiaP SePenUHnYa


AssalamualaikumWBT

Selamat petang semua. Seperti yang dijanjikan, hari ni button badge yang ditempah oleh pasangan Ayu & A'an telah siap sepenuhnya. Cuma tunggu majlis berlangsung untuk disemat di baju je nanti dan ini lah hasilnya..

button badge untuk family member

button badge untuk wedding crew

2 design berlainan untuk satu majlis yg sama

Pada yang berminat untuk menempah button badge dengan design sendiri, bolehlah hubungi saya yer. harga murah-murah je dengan design yang eksklusif. Ada yang tanya "xda sample ke utk button badge, kad kahwin, sticker dll??" di sini saya nak jelaskan yang 'riZqa design' mengkhususkan design mengikut permintaan customer, jadi design adalah berbeza-beza mengikut kehendak customer.

Tapi jangan risau 'riZqa design' akan cuba memenuhi permintaan kesemua pelanggan dan Insyaallah kami akan mengeluarkan template design yang menarik untuk pelanggan kami. Jadi korang ada lah idea untuk buat pilihan nanti. In sya allah saya akan update nanti yer tapi semua ni akan ambil masa sikit la untuk dihasilkan harap semua bersabar ye stay tune. (^_^)

riZqa design
013 6657 897



Ahad, 15 Mac 2015

kENaNGaN TeRInDaH bErSamaMu (part2)

BeRcUTi Di CaMeRoN HiGHLanD | FeELiNg RoMaNTik...

Seawal jam 7.00 pagi lagi kami dah bersiap untuk ke Ladang Teh BOH @ Sungai Palas. Bila pikir nak mandi pagi ni kecutnya rasa sejuk nya air mcm mandi air dari peti ais nasib baik la hotel ni ada heater huhuhu. Sepanjang dekat hotel kipas pun kami x buka tau menggigilll.

Kami memang dah plan nak breakfast kat Ladang Teh ni sebab nak merasa sendiri kenikmatan menghirup secawan teh sambil menikmati pemandangan ladang teh yang menghijau gitu hehe. Jalan untuk masuk kat ladang ni agak sempit dah berliku2 tapi sebab kami datang awal jadi kami bernasib baik sebab tak ada bertembung dengan kereta sepanjang jalan :). Suhu pagi ni sangatla sejuk sampaikan bercakap pun mulut keluar asap tau.



di sebalik mentari pagi

Ladang BOH ni buka jam 8.30pg..sebabkan kami sampai awal, bergambar kat luar la dulu..hehe


hijauuuu....
pemandangan hijau dengan bunyi air terjun...sangat tenang
feeling ombak rindu..:)
happy...
Apa yang menariknya kat ladang ni adalah Cafe tergantungnya dan untuk ke cafe tu kita kena berjalan sikit la dalam 100m dan kena mendaki anak tangga untuk sampai. Macam x mesra pengunnjung sikit la sebab kalo bawa baby atau orang tua kn susah nak memanjat tangga tu. Tapi nurul tengok ada je laluan untuk kereta naik kat atas tapi cuma bas je yang boleh naik .Apa pun tempat ni memang menarik dan wajib datang la sebab dapat minum teh yang segar sambil menikmati pemandangan ladang teh BOH. 1 lagi yg tak best kat sini adalah pengunjung tak boleh masuk jalan2 kat ladang :( .

ni lah tangga yang kena daki untuk sampai kat atas
berpeluh jugak la sementara nak sampai..huhu
Akhirnya sampai jugak
open concept design dengan structure yang sangat cantik
design : concrete+bamboo

sebelum balik snap pic dulu di bawah sinaran mentari :)
feeling macam kat New Zealand plak. hehe
kalau tak silap ni lah rumah dalam filem 'Aku Masih Dara'
Dekat sini jugalah ada babak dalam filem 'Aku Masih Dara' dan 'Ombak Rindu' buat pengambaran..:) Dari sini korang boleh terus pergi Mossy Forest@Gunung Brinchang. Kitorang cuma pergi separuh jalan je sebab sangat sunyi dan laluan makin sempit..seram..

Lepas tu kami terus ke Taman Agrotek MARDI@Tanah Rata..Kami sampai kat sini pun dah tengahari..Sebab dah terlalu penat dan mula terasa panas jadi tak jalan semua kawasan dia pun.





muka kepenatan

garden cottage

pokok silver dust. daun-daun berwarna silver

Apa yang menarik kat sini, ada kolam ikan kecil dan jambatan di tengah-tengah..sangat menarik untuk bergambar..ikan-ikan di sini juga boleh diber makan..tapi perlu berhati-hati untuk anak-anak sebab kedalaman kolam ni 4 meter ! Di sini juga ada air terjun buatan, taman dapur, kebun epal, kebun anggur, kilang teh, taman ros dll...sebab dah terlalu penat dan lapar, kami pun x habis explore semua nya...mungkin next trip kena datang sini awal2 pagi sebelum tengahari... 

Jam 3.00ptg baru kami sampai kat hotel..sebab dah terlalu penat, kaki dah lenguh..terus tertidur...lagi tambah sejuk sebab hujan turun...huhuhu..macam biasa petang nya kami ke pasar malam Brinchang..waktu ni hujan masih x berenti...bukan sekadar beli makanan utk makan malam..tapi terus borong utk bawak balik utk family..dekat pasar malam ni barang2 agak murah berbanding tempat lain..kena rajin jalan-jalan dan bandingkan harga...

Keesokkan pagi nya, jam 8.00pg kami berangkat balik ke Penang...Kenangan kat CH memang terbaik..sekiranya ada peluang lagi, kami akan datang lagi...segala kekusutan,tekanan kerja dapat dilupakan seketika...Sebelum balik kami singgah di Kea Farm...beli sayur-sayuran segar sebelum balik..8 bungkus sayur dijual RM10..


muka sedih nak tinggalkan CH 


Pada yang bercadang untuk berbulan madu, holiday dengan family..Cameron Highland adalah tempat yang sangat menarik untuk dilawati.. Moga ketemu lagi di entri akan datang... 

next entri mungkin saya nak bercerita tentang extreme game.. :)

riZqa Design









Sabtu, 14 Mac 2015

kEnAnGaN tErInDaH bErSaMaMu (part1)

BeRcUTi Di CaMeRoN HiGHLanD | FeELiNg RoMaNTik...

Walaupun dah seminggu berlalu,kenangan berdua di sana masih segar mewangi..kalau nak tahu di mana manis nya..kena lah baca sampai habis yer..
bagi yang ada plan nak bercuti kat CH mungkin perkongsian ni dapat membantu sedikit sebanyak...

Kami bercuti selama 3hari 2malam..kitorang plan awal g bercuti ni sebab x nak bertembung dengan cuti sekolah..nanti jalan jammed,tempat semua ramai orang..hotel penuh...Hotel pun booking siap2 awal kat agoda.com..lepas bincang dengan encik suami,kami sepakat pilih hotel Country Lodge Resort yang terletak kat Brinchang..harga utk 3H2M RM356..Hotel ni terletak atas bukit..sejuk,nyaman je rasa..Dekat kawasan ni terlalu banyak hotel-hotel macam cendawan tumbuh..Sebab utama kitorg pilih lokasi kat Brinchang ialah pelbagai kemudahan ada.(kedai makan, masjid,kedai runcit dll). Yang paling utama sebab hotel ni dekat sangat dengan pasar malam Brinchang..jalan kaki pun boleh..Pasar Brinchang ni antara tempat wajib dilawati di CH.. 


ni lah hotel nya. pandangan tepi

ni pulak pandangan depan

Kami bertolak hari Jumaat (6 Mac 15) dari Penang ke CH pukul 7.15pg..Kami ke CH melalui Simpang Pulai..Sebab agak awal sampai ke CH, kami rancang untuk terus singgah beberapa tempat menarik sebelum sampai ke Brincang.. Dalam perjalanan lagi,kita boleh rasa kesejukkan udara yang sangat nyaman..

suasana berkabus yang sejuk

nyaman dan tenang

Tempat pertama yang kami singgah ialah Green View Garden, Kampung Raja..kami sampai dekat sini dalam pukul 10.15pg..Apa yang ada kat sini?? kat bawah ni ada setakan map kawasan ni..

keluasan green view garden

strawberi moment

Kat atas kepala ni polok strawberi..wangi sangat dengan bau strawberi..

yang ni plak pokok anggur..muka muka teruja

The Little ducking square


House of Lavender

Suka sangat bau lavender..nyaman..


ladang sayur

Avant Chocolate cafe

Baru pergi satu tempat je pun kitorang dah sangat teruja dengan suasana, pemandangan kat sini..Kami teruskan perjalanan dan singgah kat Cameron Valley Tea House @ Kuala Terla.Kami sampai kat sini dah tengah hari, jadi x dapat lah nak jalan-jalan kat ladang...



menikmati Honey Lemon Tea dgn span cake yang sedap


view ladang teh

bergambar tepi2 ladang je

Next destination ialah Cameron Lavender Garden @ Tringkap..Korg cuci matalah tengok suasana kat sini yer..Dengan warna warni bunga yang tengah mekar... ;)

depan pintu masuk Lavender Garden

polka dot car..comeii

bunga-bunga yg tgh mekar

di sebalik bunga2

purple, pink, hijau, putih...nyaman :)

excited + happy :)


fish pond


ladang strawberi petik sendiri


wangi dan segar sangat buah..rasa nak makan terus



my hensom petik strawberi :)

Dalam perjalanan ke hotel di Brinchang, last destination utk hari ni ialah Cactus Point..macam-macam jenis cactus ada dan murah-murah belaka..


muka kepenatan

macam-macam cactus ada

Kami sampai hotel pukul 3ptg..sebab terlalu kepentan, terus tertidur..petangnya kul 5.30ptg, kami berjalan kaki ke Pasar Malam Brinchang sebab kelaparan..macam-macam makanan, cenderamata, baju dll ada..huhu...untuk next day, kita story entri berikutnya yer... daaaaa....

riZqa Design