page

Rabu, 31 Disember 2014

KETABAHAN MEN DIY....

Assalamualikum...

Hari ni baru ada kesempatan masa utk sambung berkongsi cerita DIY ni...Akhir-akhir tahun kerja ofis pun bersepah dgn mood cuti je semua org...

Dalam entri yg lepas saya ada kongsi hasil kerja DIY kad kahwin sendiri..Sekarang saya akn kongsi hasil2 kad/sticker DIY yg lain..kerja ambil tempahan ni sekadar suka-suka je...sekadar berkongsi idea, skill yang ada..sebab design semua atas idea sendiri lepas cust bagitau idea n concept..
ni kad jemputan akikah.sebab baby so design pun funky2..


yang ni pulak design sticker.... 

Pada yang berminat utk mendapatkan idea, perkhidmatan kami, boleh la hubungi kami...ataupun yang nak beli kertas sticker glossy pun saya ada jual..harga sangat- sangat murah dan berbaloi..yang nak dapatkan quotation blh contact saya...

Stay tuned......


Isnin, 29 Disember 2014

HASIL KERJA KAD DIY

Assalamualaikum...

Di hari dan cuaca yang baik ni...kita panjatkan syukur pada Allah..namun tak lupa juga mendoakan buat sudara yang berada di pantai timur, semoga tabah menghadapi ujian banjir ini...sama-sama kita doakan agar keadaan kembali pulih buat saudara kita di pantai timur..

ok lah, entri yang lepas saya becerita tentag DIY persiapan kahwin terutama kad kahwin... ok kat sini, saya akan upload kad kahwin saya yang dah berkurun...

Ni lah hasil kad DIY yang x seberapa.....

kad ni saya buat guna sekeping A4 dilipat 4...jadi gambar belah atas kiri akan jadi muka depan...dan dari sini lah bermula kerja2 mendesign...buat tambah duit sikit-sikit...:)

Bermula dgn design utk sendiri, dapat tempahan dari sepupu utk kad kahwin, sticker...dari sini perbaiki sedikit demi sedikit design...diikuti sticker kahwin kakak...kad jemputan akikah anak buah....tag terima kasih majlis berkhatan...dan banyak lagi..

Dari semasa ke semasa saya akan update design2 dan projek2 riZqa Design. riZqa Design dah lama bergerak secara underground...mendesign,planning untuk orang2 terdekat. atas permintaan keluarga, blog ini ditubuhkan bagi memudahkn semua. :)

Pada yang nak tanya pendapat, idea mengenai design..boleh la behubung dengan saya...

TQ 


Ahad, 28 Disember 2014

PERTAMA KALI MENCUBA...

Perkongsian kali ni...nak kongsi dengan semua macam mana mula-mula terjebak dengan idea DIY persiapan kahwin ni...hal ni berlaku kat diri sendiri hampir 3 tahun lepas...walaupun dah lama tapi masih menjadi kenangan indah. waktu plan nak kahwin dulu baru setahun habis belajar dan setahun bekerja..kekangan duit memang jadi halangan sangat... dan disini bermula segalanya DIY. 

Buat bakal-bakal pengantin di luar sana yang memang ingin kan dengan bajet yang rendah untuk perkahwinan DIY jalan terbaik.. jadi list keperluan memang sangat penting... mana yang dapat dijimatkan,elok dijimatkan sebab perjalanan selepas akad nikah lebih mencabar dan berliku...

Lepas tarikh semua dah confirm, saya dan bakal suami pun pergi lah survey segala keperluan terutamam kad kahwin. sebabkan kuantiti yang sedikit, harga sangat mahal...jadi utk tak membazir,saya pilih untuk DIY sendiri kad kahwin, sticker, goodie beg, hantaran..lagi puas hati sebab kita dapat buat ikut suka. memang sangat2 puas hati, gembira dgn hasil nya...yang paling penting terlalu jauh berbeza jimat...

dalam entri berikutnya, saya akan kongsi hasil2 DIY yang x seberapa...  sampai di sini untuk hari ni...

 nyte...

SALAM PERKENALAN







Selamat sejahtera dan salam perkenalan dari saya...

Merujuk tajuk entri saya kali ini, saya ingin memperkenalkan serba sedikit tentang diri saya dan blog saya "riZqa Design".


Saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Senibina Dalaman. Sudah berkahwin dan mempunyai pekerjaan tetap..mesti ada yang tanya kenapa
"riZqa Design" ? rizqa adalah gabungan nama Zamri dan Atiqah...maka terhasil lah riZqa design..dalam Islam, 'rizqah' juga membawa makna rezeki;kurniaan Allah. Moga-moga rezeki kami suami isteri akan lebih murah di masa-masa akan datang.. :) 

"riZqa Design" adalah blog pertama saya yang akan menjadi tempat saya berkongsi ilmu mengenai design sama ada interior mahupun graphic.Dalam blog ni juga saya akan bercerita tentang kehidupan, percutian bagi sebagai kenangan di masa depan..dan juga buat tatapan anak-anak nanti..


"riZqa Design"akan menjadi tapak atau langkah pertama saya dalam bidang perniagaan online. Secara amnya saya akan kongsi mengenai design-design seperti kad undangan, sticker mahupun button badge yang memenuhi  design dan tema semua dengan harga yang sangat berbaloi.

Sebagai seorang yang masih baru/junior saya mengharapkan sokongan dari semua pengguna alam maya dalam mengorak langkah lebih jauh lagi dalam bidang ini.


Di sini saya ingin sampaikan pernghargaan buat suami tercinta yang telah menjadi pendorong dan banyak memberikan sokongan dalam proses memulakan blog ini dan tak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang tanpa mereka saya tidak akan berada di sini.


Buat bakal- bakal pengantin, nantikan perkongsian-perkongsian saya dalam menyediakan persiapan gerbang hari bahagia anda. terutama dalam pemilihan kad kahwin dan persiapan yang wajib..


Stay tune dengan "riZqa Design" dan nantikan update kami dari masa ke masa... :)




Terima Kasih dan Wassalam.