Selamat sejahtera dan salam perkenalan dari saya...
Merujuk tajuk entri saya kali ini, saya ingin memperkenalkan serba sedikit tentang diri saya dan blog saya "riZqa Design".
Saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Senibina Dalaman. Sudah berkahwin dan mempunyai pekerjaan tetap..mesti ada yang tanya kenapa"riZqa Design" ? rizqa adalah gabungan nama Zamri dan Atiqah...maka terhasil lah riZqa design..dalam Islam, 'rizqah' juga membawa makna rezeki;kurniaan Allah. Moga-moga rezeki kami suami isteri akan lebih murah di masa-masa akan datang.. :)
"riZqa Design" adalah blog pertama saya yang akan menjadi tempat saya berkongsi ilmu mengenai design sama ada interior mahupun graphic.Dalam blog ni juga saya akan bercerita tentang kehidupan, percutian bagi sebagai kenangan di masa depan..dan juga buat tatapan anak-anak nanti..
"riZqa Design"akan menjadi tapak atau langkah pertama saya dalam bidang perniagaan online. Secara amnya saya akan kongsi mengenai design-design seperti kad undangan, sticker mahupun button badge yang memenuhi design dan tema semua dengan harga yang sangat berbaloi.
Sebagai seorang yang masih baru/junior saya mengharapkan sokongan dari semua pengguna alam maya dalam mengorak langkah lebih jauh lagi dalam bidang ini.
Di sini saya ingin sampaikan pernghargaan buat suami tercinta yang telah menjadi pendorong dan banyak memberikan sokongan dalam proses memulakan blog ini dan tak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang tanpa mereka saya tidak akan berada di sini.
Buat bakal- bakal pengantin, nantikan perkongsian-perkongsian saya dalam menyediakan persiapan gerbang hari bahagia anda. terutama dalam pemilihan kad kahwin dan persiapan yang wajib..
Stay tune dengan "riZqa Design" dan nantikan update kami dari masa ke masa... :)
Terima Kasih dan Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan