page

Ahad, 28 Disember 2014

PERTAMA KALI MENCUBA...

Perkongsian kali ni...nak kongsi dengan semua macam mana mula-mula terjebak dengan idea DIY persiapan kahwin ni...hal ni berlaku kat diri sendiri hampir 3 tahun lepas...walaupun dah lama tapi masih menjadi kenangan indah. waktu plan nak kahwin dulu baru setahun habis belajar dan setahun bekerja..kekangan duit memang jadi halangan sangat... dan disini bermula segalanya DIY. 

Buat bakal-bakal pengantin di luar sana yang memang ingin kan dengan bajet yang rendah untuk perkahwinan DIY jalan terbaik.. jadi list keperluan memang sangat penting... mana yang dapat dijimatkan,elok dijimatkan sebab perjalanan selepas akad nikah lebih mencabar dan berliku...

Lepas tarikh semua dah confirm, saya dan bakal suami pun pergi lah survey segala keperluan terutamam kad kahwin. sebabkan kuantiti yang sedikit, harga sangat mahal...jadi utk tak membazir,saya pilih untuk DIY sendiri kad kahwin, sticker, goodie beg, hantaran..lagi puas hati sebab kita dapat buat ikut suka. memang sangat2 puas hati, gembira dgn hasil nya...yang paling penting terlalu jauh berbeza jimat...

dalam entri berikutnya, saya akan kongsi hasil2 DIY yang x seberapa...  sampai di sini untuk hari ni...

 nyte...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan